Friday, 14 November 2014

DUN P Pinang gantung Datuk Roslan Saidin

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin digantung sehari daripada menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Speaker Datuk Law Choo Kiang, ketika menerima usul tergempar dibentangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng (DAP-Air Putih), berkata penggantungan itu berkuat kuasa pada hari pertama persidangan DUN Pulau Pinang pada penggal akan datang.
 
"Disebabkan Yang Berhormat Pinang Tunggal (Roslan) enggan memohon maaf, maka beliau akan digantung daripada hadir sidang DUN berkuat kuasa pada hari pertama persidangan dewan yang akan datang," katanya selepas usul itu dipersetujui pada persidangan DUN di Georgetown, hari ini.
 
Ketika membentangkan usul tergempar itu, Lim berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang dipengerusikan Law sebulat suara beretuju bahawa Roslan, ketika sesi perbahasan pada 3 Julai 2013, tidak mematuhi peraturan kerana telah menggunakan perkataan yang menyakitkan hati dan menyentuh peribadi seseorang.

 
Beliau berkata jawatankuasa itu, yang bermesyuarat sebanyak lima kali, memutuskan bahawa Roslan tidak menyebut perkataan 'rasis' dan tidak mempunyai niat jahat untuk mewujudkan perasaan bermusuh antara kaum.

Namun, jawatankuasa itu memutuskan bahawa beliau hendaklah memohon maaf dalam persidangan DUN dengan ayat 'jikalau pernyataan saya telah menyinggung profesion dan etika perubatan, saya memohon maaf'.
 
"Sekiranya yang berhormat (Roslan) enggan memohon maaf, beliau hendaklah digantung daripada menghadiri persidangan DUN selama sehari," kata Lim.
 
Sementara itu, Roslan dalam kenyataan bela dirinya, menegaskan dirinya tidak bersalah.
 
Sekiranya permohonan maaf itu dibuat, katanya, ia menunjukkan dirinya bersalah dan kenyataannya sudah pasti akan diputar belitkan oleh pihak tidak  bertanggungjawab.
 
"...saya ada keputusan saya sendiri, sudah tentulah saya tidak mahu mohon maaf dan saya sudi dan rela untuk digantung sehari daripada hadir ke persidangan DUN.

"Saya mohon maaf pada semua, bukan pada bab ini (penggantungan) tetapi ucapan hari ini," katanya.
 
Persidangan DUN pada 11 Dis 2013 telah merujuk Roslan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan selepas didakwa mengeluarkan perkataan 'rasis' dalam ucapannya semasa persidangan DUN Julai 2013.
 
Pada persidangan itu, Roslan dalam ucapannya mendakwa tiga doktor iaitu dua di Hospital Seberang Jaya dan seorang di Hospital Kepala Batas telah bersikap rasis kerana enggan memberi rawatan kepada pesakit yang berbeza bangsa dengan mereka.

YB Dato’ Haji Roslan Bin Saidin dilahirkan pada hari tahun baru 1964 di Kepala Batas, Pulau Pinang. Ahli Dewan Undangan Negeri Pinang Tunggal ini telah menang selama tiga penggal bagu kerusi DUN tersebut bermula pada tahun 2004 mengalah calon PAS, Mohd Salleh Man dengan majoriti 6288 undi. Datuk Roslan Saidin memperolihi 8941 manakala Mohd Salleh Man memperolohi 2653.

Dalam pilihanraya berikutnya pada tahun 2008 Datuk Roslan berjaya mempertahan kerusi DUN itu dengan majoriti 3235 undi. Datuk Roslan berjaya mengalahkan calon PKR Mahamad Hashim dengan majoriti tersebut, Datuk Roslan memperolihi 7848 sementara Mahamad Hashim pula hanya memperolihi 4613.

Manakala dalam pilihanraya lepas (2013) Datuk Roslan memperolihi 9,155 undi mengalahkan calon PKR Ahmad Zakinyuddin  yang memperolihi 7568. Datuk Roslan hanya menang dengan majoriti 1587 undi.

Berdasarkan statistik itu kedudukan Datuk Roslan semakin goyah kerana majoritinya sentiasa berkurangan setiap kali pilihanraya. Sekiranyanya Datuk Roslan dicalonkan untuk penggal yang keempat dan beliau tidak melakukan sesuatu mulai sekarang  tidak mustahil beliau akan kalah.

Wednesday, 5 November 2014

Tarikh Kemerdekaan Negara Pilihan Sheikh Abdullah Fahim

Kepala Batas : Generasi muda  di negara kita khususnya  di Kepala Batas mungkin tidak mengetahui yang tarikh kemerdekaan Negara dipilih oleh orang Kepala Batas. Beliau adalah Sheikh Abdullah Fahim , Tok Wan kepada Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Beliau dilahirkan di Kpg. Bukit Lada, Kubur Panjang, Pendan, Kedah  pada tahun 1870.

Sheikh Abdullah Fahim adalah anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Bapanya Sheikh Ibrahim bin Haji Tahir dan bermastautin di Makkah dan menjadi guru agama di Masjidil Haram dalam bidang pengajian al-Quran. Semasa hayatnya, Sheikh Ibrahim Tahir juga pernah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengelola Masjidil Haram selama 7 tahun. Kedua beranak ini dikenali oleh masyarakat Makkah sebagai keturunan Jawa dan Petani.

Sheikh Abdullah Fahim pernah menuntut dengan 45 orang guru agama yang terkenal dan mendapat kelulusan dalam lebih 15 bidang ilmu Islam. Kemahiran utama datuk kepada Perdana Menteri Malaysia kelima ini adalah dalam bidang ilmu Falak dan Kesusateraan Arab.
Semasa tinggal di Makkah, Abdullah Fahim mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Habsah Haji Abdullah. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Ghazali dan Ahmad Badawi. Ghazali dan ibunya, Wan Habsah meninggal dunia di Makkah.

Dalam bidang agama, Abdullah Fahim mengajar ilmu usuluddin, falak, tafsir Al-Quran dan Hadis di Masjidil Haram. Pelajarnya terdiri daripada pelbagai bangsa termasuk yang berasal dari Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Jawa, Pattani, Filipina, India dan China. Disebabkan kemasyhurannya, apabila pulang Tanah Melayu pada tahun 1921, Abdullah Fahim sering di undang memberi ceramah atau pendapat pada  seminar dan forum mengenai Islam. Ketinggian ilmu yang beliau miliki turut diakui oleh ulama terkenal Indonesia, Profesor Dr. Hamka.

Sekembalinya beliau ke Tanah Melayu pada tahun 1921, Abdullah Fahim tinggal di Kampung Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah dan menjadi guru di Maahad Mahmud yang ketika itu menggunakan sistem pendidikan secara pondok. Pada peringkat awal kepulangan beliau ke tanah air, beliau terpaksa menggilap semula kemahirannya berbahasa Melayu kerana sudah sekian lama tidak mengamalkan bahasa itu.

Selepas menetap di Kedah selama beberapa tahun pada tahun 1925, beliau berpindah ke Kepala Batas, Seberang Prai, Pulau Pinang. Semasa mula-mula tinggal di Kepala Batas beliau mengajar agama di anjung rumahnya dan di Masjid Kepala Batas. Apabila jumlah muridnya semakin bertambah, ulama yang merupakan Mufti pertama Pulau Pinang ini mengasaskan penubuhan Madrasah Daeratul Maarif Al-Wataniah di Kepala Batas yang tenaga pengajarnya termasuklah anak beliau sendiri, Ahmad Badawi.


Dalam kehidupan hariannya, Sheikh Abdullah Fahim adalah seorang yang mudah bergaul dan amat disayangi oleh penduduk setempat yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Pernah dikatakan bahawa pekedai-pekedai di sekitar Pulau Pinang biasanya amat bertuah sekiranya Sheikh Abdullah Fahim masuk ke kedai mereka tetapi akan merasa bimbang sekiranya barang di kedai mereka itu dikatakannya mahal, maka alamatnya jualan pekedai itu pada hari itu akan merosot. Begitu pula sebaliknya pekedai selalu berharap Sheikh Abdullah Fahim akan masuk ke kedai mereka kerana kehadirannya menjadi petanda bahawa jualan mereka pada hari itu akan laris.

Itulah antara keistimewaan yang dimiliki oleh Sheikh Abdullah Fahim yang merupakan seorang wali yang amat dihormati oleh penduduk Pulau Pinang terutamanya Seberang Prai dan Kepala Batas.
Nama Sheikh Abdullah Fahim juga berkait rapat dengan kemerdekaan Tanah Melayu kerana beliaulah tokoh yang diberi kepercayaan untuk memilih tarikh yang dirasakan serasi untuk dikemukakan kepada pihak Inggeris.

Dipendekkan cerita (rujuk sejarah kemerdekaan Negara), atas nasihat Abdullah Fahim dan kebijaksanaan Tunku Abdul Rahman, akhirnya seperti yang terakam dalam sejarah tanah air, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1997. Tarikh keramat ini sebenarnya bukan dipilih dengan sesuka hati oleh Abdullah Fahim tetapi melalui ilmu firasat yang beliau miliki. Tarikh inilah yang kini dirayakan setiap tahun oleh seluruh rakyat Malaysia yang menghargai erti kemerdekaan.

Akhirnya sampailah sudah kesudahan riwayat hidup seorang ulama dan tokoh kemerdekaan yang terkenal dan tiada tandingannya. Sheikh Abdullah Fahim menghembuskan nafas terakhir pada 28 April 1961 pada pukul 8 pagi di rumahnya di Kepala Batas. Ketika itu, usia beliau sudah 92 tahun. Jenazah beliau disemadikan di tanah perkuburan di perkarangan Masjid Kepala Batas, Pulau Pinang.
MAAF MASIH DALAM PEMBINAAN